سُورَةُ ٱلْفَاتِحَةِ

Al-FaatihaPembukaan

Mekah
7 ayat~1 min

Dibaca dalam setiap rakaat solat lima waktu, ia dikenali sebagai “Ibu al-Quran” dan berbunyi seperti dialog langsung antara hamba dengan Allah.

1:1

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1:2

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

1:3

ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1:4

مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

1:5

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

1:6

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

1:7

صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.