سُورَةُ المَاعُونِ

Al-Maa'unBarang-barang Keperluan

Mekah
7 ayat~1 min

Menyatakan bahawa orang yang menolak anak yatim dan menahan bantuan sekecil apa pun, sebenarnya telah mendustakan agama.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

107:1

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ أَرَءَيْتَ ٱلَّذِى يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ

Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?

107:2

فَذَٰلِكَ ٱلَّذِى يَدُعُّ ٱلْيَتِيمَ

Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

107:3

وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلْمِسْكِينِ

Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.

107:4

فَوَيْلٌۭ لِّلْمُصَلِّينَ

(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -

107:5

ٱلَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ

(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

107:6

ٱلَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ

(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),

107:7

وَيَمْنَعُونَ ٱلْمَاعُونَ

Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).

Mengenai Surah Al-Maa'un

Soalan lazim

Berapa banyak ayat dalam Surah Al-Maa'un?
Surah Al-Maa'un (Barang-barang Keperluan) ialah bab ke-107 Al-Quran dan mengandungi 7 ayat.
Adakah Surah Al-Maa'un diturunkan di Mekah atau Madinah?
Surah Al-Maa'un adalah surah Mekah, bab ke-107 Al-Quran.
Mengenai apakah Surah Al-Maa'un?
Menyatakan bahawa orang yang menolak anak yatim dan menahan bantuan sekecil apa pun, sebenarnya telah mendustakan agama.