سُورَةُ الطَّارِقِ

At-TaariqBintang Malam

Mekah
17 ayat~3 min

Bersumpah demi bintang malam yang menembusi, dan menyebut bahawa manusia dicipta daripada air yang memancar keluar ().

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

86:1

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ وَٱلسَّمَآءِ وَٱلطَّارِقِ

Demi langit dan "At-Taariq"; -

86:2

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلطَّارِقُ

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia "At-Taariq" itu? -

86:3

ٱلنَّجْمُ ٱلثَّاقِبُ

(At-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya);

86:4

إِن كُلُّ نَفْسٍۢ لَّمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌۭ

Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catitan mengenai segala bawaannya).

86:5

فَلْيَنظُرِ ٱلْإِنسَٰنُ مِمَّ خُلِقَ

(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.

86:6

خُلِقَ مِن مَّآءٍۢ دَافِقٍۢ

Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim) -

86:7

يَخْرُجُ مِنۢ بَيْنِ ٱلصُّلْبِ وَٱلتَّرَآئِبِ

Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.

86:8

إِنَّهُۥ عَلَىٰ رَجْعِهِۦ لَقَادِرٌۭ

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati),

86:9

يَوْمَ تُبْلَى ٱلسَّرَآئِرُ

Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktiqad, niat, dan lain-lainnya),

86:10

فَمَا لَهُۥ مِن قُوَّةٍۢ وَلَا نَاصِرٍۢ

Maka (pada saat itu) tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan (untuk membela diri), dan tidak ada penolong (yang dapat memberikan pertolongan).

86:11

وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلرَّجْعِ

Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan,

86:12

وَٱلْأَرْضِ ذَاتِ ٱلصَّدْعِ

Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan,

86:13

إِنَّهُۥ لَقَوْلٌۭ فَصْلٌۭ

Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar),

86:14

وَمَا هُوَ بِٱلْهَزْلِ

Dan bukanlah ia kata-kata yang olok-olok.

86:15

إِنَّهُمْ يَكِيدُونَ كَيْدًۭا

Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat,

86:16

وَأَكِيدُ كَيْدًۭا

Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya).

86:17

فَمَهِّلِ ٱلْكَٰفِرِينَ أَمْهِلْهُمْ رُوَيْدًۢا

Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.

Mengenai Surah At-Taariq

Soalan lazim

Berapa banyak ayat dalam Surah At-Taariq?
Surah At-Taariq (Bintang Malam) ialah bab ke-86 Al-Quran dan mengandungi 17 ayat.
Adakah Surah At-Taariq diturunkan di Mekah atau Madinah?
Surah At-Taariq adalah surah Mekah, bab ke-86 Al-Quran.
Mengenai apakah Surah At-Taariq?
Bersumpah demi bintang malam yang menembusi, dan menyebut bahawa manusia dicipta daripada air yang memancar keluar (86:6).