سُورَةُ الشَّرۡحِ

Ash-SharhKelapangan

Mekah
8 ayat~2 min

Menenangkan hati yang gelisah bahawa “bersama kesukaran ada kemudahan” — janji yang diulang dua kali sebagai penegasan ().

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

94:1

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

94:2

وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ

Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

94:3

ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهْرَكَ

Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

94:4

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ

Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

94:5

فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

94:6

إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًۭا

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

94:7

فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

94:8

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَب

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Mengenai Surah Ash-Sharh

Soalan lazim

Berapa banyak ayat dalam Surah Ash-Sharh?
Surah Ash-Sharh (Kelapangan) ialah bab ke-94 Al-Quran dan mengandungi 8 ayat.
Adakah Surah Ash-Sharh diturunkan di Mekah atau Madinah?
Surah Ash-Sharh ialah surah Mekah — bab ke-94 Al-Quran.
Mengenai apakah Surah Ash-Sharh?
Menenangkan hati yang gelisah bahawa “bersama kesukaran ada kemudahan” — janji yang diulang dua kali sebagai penegasan (94:5–6).