سُورَةُ القَدۡرِ

Al-QadrMalam Kemuliaan

Mekah
5 ayat~1 min

Menggambarkan Malam al-Qadar, malam mula turunnya al-Quran, sebagai “lebih baik daripada seribu bulan.”

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

97:1

بِّسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ إِنَّآ أَنزَلْنَٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

97:2

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

97:3

لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌۭ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍۢ

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

97:4

تَنَزَّلُ ٱلْمَلَٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍۢ

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

97:5

سَلَٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ ٱلْفَجْرِ

Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Mengenai Surah Al-Qadr

Soalan lazim

Berapa banyak ayat dalam Surah Al-Qadr?
Surah Al-Qadr (Malam Kemuliaan) ialah bab ke-97 Al-Quran dan mengandungi 5 ayat.
Adakah Surah Al-Qadr diturunkan di Mekah atau Madinah?
Surah Al-Qadr ialah surah Mekah — bab ke-97 Al-Quran.
Mengenai apakah Surah Al-Qadr?
Menggambarkan Malam al-Qadar, malam mula turunnya al-Quran, sebagai “lebih baik daripada seribu bulan.”