سُورَةُ الزَّلۡزَلَةِ

Az-ZalzalaGegaran

Madinah
8 ayat~2 min

Meramalkan hari ketika bumi akan mencurahkan beritanya dan seberat zarah kebaikan atau kejahatan akan didedahkan.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

99:1

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ إِذَا زُلْزِلَتِ ٱلْأَرْضُ زِلْزَالَهَا

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,

99:2

وَأَخْرَجَتِ ٱلْأَرْضُ أَثْقَالَهَا

Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,

99:3

وَقَالَ ٱلْإِنسَٰنُ مَا لَهَا

Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"

99:4

يَوْمَئِذٍۢ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا

Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:

99:5

بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَىٰ لَهَا

Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).

99:6

يَوْمَئِذٍۢ يَصْدُرُ ٱلنَّاسُ أَشْتَاتًۭا لِّيُرَوْا۟ أَعْمَٰلَهُمْ

Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.

99:7

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًۭا يَرَهُۥ

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

99:8

وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍۢ شَرًّۭا يَرَهُۥ

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Mengenai Surah Az-Zalzala

Soalan lazim

Berapa banyak ayat dalam Surah Az-Zalzala?
Surah Az-Zalzala (Gegaran) ialah bab ke-99 Al-Quran dan mengandungi 8 ayat.
Adakah Surah Az-Zalzala diturunkan di Mekah atau Madinah?
Surah Az-Zalzala adalah surah Madinah, bab ke-99 Al-Quran.
Mengenai apakah Surah Az-Zalzala?
Meramalkan hari ketika bumi akan mencurahkan beritanya dan seberat zarah kebaikan atau kejahatan akan didedahkan.